Pelajaran Ugama telah mendapat perhatian yang
berat sejak tahun 1954 dimana pada tahun 1955 telah diwujudkan satu
jawatan iaitu Penyusun dan Pengelola Sekolah-Sekolah Ugama dengan
tujuan untuk mengendalikan hal-hal yang bersangkutan dengan pelajaran
ugama di Negara Brunei Darussalam.
Dalam tahun 1967, urusan pelajaran telah
diletakkan di bawah Penguasa Pelajaran Ugama. Manakala pada tahun
1971, pentadbiran Bahagian Pelajaran telah diperkemaskan lagi,
diantaranya Penguasa Pelajaran Ugama telah bertukar menjadi Ketua
Pegawai Pelajaran Ugama.
Apabila Kementerian Hal Ehwal Ugama
ditubuhkan dalam tahun 1986, struktur pentadbiran pelajaran ugama juga
turut berubah dimana Bahagian Pelajaran Ugama diketuai oleh seorang
Pengarah iaitu Pengarah Pengajian Islam dan dibantu oleh seorang
penolong iaitu Penolong Pengarah Pengajian Islam.
Melahirkan masyarakat yang berpendidikan
ugama dan beramal menurut Al-Quran.