The Government of Brunei Darussalam
title_jpi.jpg (18508 bytes)


Pengajian Islam Daerah Tutong

  • Kami akan memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin dan menghadapkan setiap permohonan pegawai dan kakitangan Jabatan ini serta orang ramai kepada pihak yang berkenaan dalam tempoh tidak melebihi dua minggu dengan dokumen-dokumen yang lengkap sebagaimana yang dikehendaki.
  • Kami akan memproses elaun-elaun selama 7 hari selepas tarikh permohonan.

  • Bersedia menyampaikan arahan dan sebarang maklumat yang diterima melalui surat keliling, memorandum dan surat bagi setiap perkara untuk makluman, perhatian dan tindakan bersama.

  • Bersedia membuat pertimbangan dan sokongan yang sewajarnya sesuai dengan keperluan, kemampuan dan bidang kuasa yang diberikan.

  • Berusaha untuk memberikan kemudahan dan perkhidmatan asas kearah sama-sama mencapai matlamat yang diharapkan.

  • Memberikan layanan dengan mesra dan sedia menerima teguran dan aduan yang rasional serta bersedia mengatasinya mengikut keupayaan mekanisme dalaman Jabatan yang sedia wujud.

  • Kami akan memberikan maklum balas dengan proaktif membuat pemedulian yang bersungguh-sungguh sekiranya piawai yang ditetapkan terjejas atau tergendala diproses.

Sekolah-sekolah ugama Daerah Tutong

  • Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang baik, bermutu tinggi, jujur, amanah, tulus ikhlas, dedikasi bagi melahirkan murid-murid yang berilmu, beramal dan bertaqwa.

  • Memberikan layanan yang mesra, hubungan yang baik dan sentiasa berkerjasama dengan semua pihak khususnya ibubapa dan orang ramai.

  • Bersedia menyelesaikan masalah yang dihadapi mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak jabatan.

  • Sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi kerja dan kemajuan sekolah dari masa ke semasa.

  • Sentiasa berusaha mengatasi kelemahan dan meningkatkan kemajuan Sekolah Ugama: Berilmu, Beriman, Beramal, Bertaqwa dan Berdikari.

  • Sentiasa berusaha meningkatkan prestasi kerjaya serta patuh pada setiap peraturan dan disiplin kerja dari masa ke semasa.

  • Memberi perhatian berat serta bersikap pemedulian terhadap sebarang masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan murid serta sekolah.

  • Sentiasa peka terhadap arahan-arahan pejabat.

  • Bersedia menerima teguran dan pandangan orang ramai dengan hati terbuka.


|| Misi | Struktur Organisasi | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||