 |

Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan
Pemohon-pemohon yang berminat
- Maktab bersedia untuk memberikan perkhidmatan dengan
sebaik-baiknya.
- lklan permohonan untuk mengikuti Kursus Perguruan Ugama di MPUSB
dikeluarkan dalam minggu pertama bulan Mac melaluii media massa.
- Borang-borang permohonan hanya akan dikeluarkan kepada
pemohon-pemohon yang mencukupi syarat sahaja, untuk mengelakkan pembaziran kertas
(borang). Kerajaan menggalakkan berjimat cermat.
- Temuduga akan dijalankan selama seminggu selepas tarikh iklan
ditutup.
- Keputusan temuduga akan dumumkan setelah menerima keputusan
tapisan dari pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Biro Kawalan Narkotik, Jabatan
Keselamatan (Jenayah) dan Bahagian Penyiasataan Dan Pendakwaan (Jenayah Ugama) dan setelah
menerima keputusan Persidangan Majiis Maktab. Jika keputusan tapisan dari pihak-pihak
tertentu lambat diterima, pihak Maktab akan mengeluarkan keputusan temuduga setelah
menerima keputusan persidangan Majiis Maktab dengan diberikan syarat bahawa keputusan
penerimaan calon-calon yang berjaya akan ditarik balik jika sekiranya pihak Maktab
menerima laporan dari pihak-pihak berkenaan bahawa calon-calon tersebut didapati terlibat
dengan penyalahgunaan dadah, jenayah atau jenayah ugama, dalam surat tawaran penerimaan
masuk mengikuti kursus Perguruan Ugama.
- Pendaftaran kemasukan bagi calon-calon yang berjaya untuk
mengikuti kursus Perguruan Ugama adalah pada pertengahan bulan Julai.
Masyarakat
- Maktab bersedia untuk memberikan perkhidmatan dengan
sebaik-baiknya selama tidak menjejaskan perjalan masa pembelajaran Guru-Guru Pelatih.
- Sembahyang Jenazah: Maktab bersedia mengeluarkan Guru-Guru Pelatih
untuk menyembahyangkan Jenazah semasa hari Jumaat dan pada malam-malam tidak kuliah.
- Membaca Yassin, Tahlil, Berdikir dan Sembahyang Hajat
Maktab bersedia mengeluarkan Guru-Guru Pelatih pada malam-malam kuliah seperti hari Khamis
malam Jumaat sahaja.
- Memberikan Bimbingan Membaca AI Quraan dan Tulisan Jawi pada
kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun.
|