 |

Pentadbiran
- Berjanji untuk memberikan perkhidmatan berasaskan konsep
"cekap, cepat dan cemerlang".
- Memberikan pertimbangan-pertimbangan yang wajar kepada
semua permohonan tanpa ada perasaan pilih kasih.
- Memberikan layanan yang mesra dan ringan tulang kepada
semua pihak yang memerlukan perkhidmatan.
- Bersikap pemedulian dan prihatin kepada aduan-aduan.
- Semua permohonan yang pertimbangan dan keputusan akhir
di bawah bidang kuasa Jabatan Pengajian Islam akan dijawab dalam tempoh 14 hari.
- Semua permohonan yang pertimbangan dan keputusan akhir
di luar bidang kuasa Jabatan Pengajian Islam akan diambil tindakan dalam tempoh 7
hari selepas tarikh permohonan diterima.
- Sebarang aduan kerosakan dan permohonan pembaikan bangunan-bangunan
pejabat dan sekolah-sekolah ugama akan diambil tindakan dalam tempoh 3 hari selepas
aduan permohonan diterima.
- Proses penyediaan belanjawan akan dimulakan pada awal bulan
Januari dan siap 7 hari sebelum tarikh akhir penyerahan yang ditetapkan oleh pihak
Setiausaha Tetap Kementerian Ha] Ehwal Ugama.
- Proses tindakan pengisian jawatan-jawatan kosong akan dimulakan
14 hari selepas jawatan-jawatan tersebut dikosongkan.
- Pengeluaran makanan bagi membekalkan rancangan permakanan
sekolah akan dimulakan 90 hari sebelum tempoh pembekal yang ada berakhir.
- Proses pertimbangan pemilihan dan sokongan tawaran akan
mengambil masa selama 60 hari.
- Pembelian alat-alat dan barang-barang yang peruntukannya
diluluskan dalam belanjawan tahunan akan diambil tindakan 7 hari selepas buku belanjawan
diterima.
- Kertas-kertas cadangan pembinaan bangunan baru sekolah-sekolah
ugama siap dalam tempoh 21 hari.
- Sokongan untuk pemberian bintang dan pingat kepada pegawai
/ kakitangan dimulakan pada 1 hb. November setiap tahun, dihadapkan kepada pihak
Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama 7 hari sebelum berakhir tarikh yang
ditetapkan.
- Bil-bil tuntutan (invoice) akan diambil tindakan
2 hari selepas diterima.
|