The Government of Brunei Darussalam
title_jpi.jpg (18508 bytes)


Institusi Pengajian Menengah

  • Persuratan pentadbiran perjawatan pegawai-pegawai yang di bawah institusi ini akan diambil tindakan dalam tempoh 1 bulan jika sekiranya semua maklumat adalah lengkap.

  • Mendapatkan laporan dan penyata bertulis mengenai kemajuan pelajaran ugama bagi Sekolah -Sekolah Menengah Arab, Maktab Perguruan Ugama dan lnstitusi-institusi Pengajian Menengah dan Tinggi seperti Pusat Pertanian Sinaut, Maktab Duli Pengiran Muda AI-Muhtadee Billah, Pusat Pengajian Teknikal Vokasional, Rumah Sakit AI-Islah, Penjara dan Sekolah Kanak-Kanak Cacat. Laporan dan Penyata Kemajuan akan dipecahkan kepada 3 kategori:-

    1. Laporan Rutin: Sebulan sekali
    2. Laporan Sertamerta: Apabila dikehendaki.
    3. Laporan Tahunan: Mengenai perlaksanaan projek tahunan bagi kemajuan pelajaran.

  • Meneliti laporan dan penyata kemajuan pelajaran ugama yang dihadapkan dan memesyuaratkannnya jika terdapat perkara-perkara berbangkit.

  • Mengambil tindakan terhadap laporan dan penyata kemajuan peiajaran ugama yang dihadapkan mengikut keutamaan dan kelulusan dari pihak yang berautoriti.

  • Guru-guru yang mempunyai masalah disiplin dan tatatertib akan diambil tindakan mengikut peraturan yang ada.

  • Merancang dan menilai kegiatan-kegiatan keugamaan di Sekolah-Sekolah Menengah berasrama penuh bersama-sama dengan pengetua-pengetua sekolah. Perancangan akan dibuat pada awal tahun dan penilaian akan dibuat pada hujung tahun.

  • Temuduga pegawai-pegawai kontrak mengikut keperluan dan keutamaan dan tindakan segera akan dibuat.

  • Mempastikan Peiajaran Amali dan AI-Quran di Sekolah Menengah Arab berjalan dengan baik dan meminta laporan bertulis mengenai perkembangan Peiajaran Amali dan AI-Quran tiga bulan sekali serta penelitian akan dibuat setelah laporan diterima.

  • Melawat semua institusi yang di bawah kawalan bahagian ini secara umum akan dibuat mengikut keperluan. Lawatan akan dilibatkan dengan organisasi yang berkenaan.

  • Membuat laporan lawatan dan meneliti serta mengambil tindakan. Laporan akan dibuat sehari selepas lawatan. Hasil laporan dan cadangan akan diserahkan kepada pihak berkenaan untuk membuat tindakan lanjut.

  • Menyelaras pelajaran ugama di institusi-institusi di bawah Pengajian Menengah. Perundingan akan dibuat dengan PengetuaPengetua Bahagian Kurikulum dan Bahagian Peperiksaan. Hasil penyelarasan akan dihadapkan kepada Pengarah Pengajian Islam untuk tindakan lanjut.

  • Melawat Sekolah Menengah Arab dalam matapelajaran komputer mengikut jadual yang disediakan oleh bahagian ini. Lawatan Khas akan dilibatkan Bahagian Unit Teknologi Maklumat Kementerian Hal Ehwal Ugama dan juga Bahagian Kajian dan Sumber Maklumat Jabatan Pengajian Islam.
  • Mempastikan perjalanan dan perkembangan matapeiajaran Komputer di Sekolah-Sekolah Menengah Arab. Meminta lapuran bertulis mengenai mengenai perkembangan pembelajaran komputer. Meneliti dan menilai lapuran setelah menerima lapuran. Hasil lapuran dan cadangan akan diserahkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan.

  • Mempastikan kemudahan-kemudahan peralatan komputer dan bilik-bilik komputer di Sekolah-Sekolah Menengah Arab mencukupi dan berkeadaan baik. Penelitian dan penyemakkan akan dibuat dengan menyuruh guru-guru yang terlibat mengisikan borang keperluan peralatan komputer. Borang berkenaan akan dihadapkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan.

  • Mengendalikan Kursus Komputer. kursus komputer akan diberikan mengikut jadual kursus yang akan disediakan. Akan berhubung dengan JTMSN, Kementerian Kewangan; Kementerian Hal Ehwal Ugama dan lnstitut Perkhidmatan Awam bagi merancang kursus-kursus komputer.

  • Mengenalpasti keperluan komputer bagi setiap bahagian di Jabatan Pengajian Islam. Bekerjasama dengan Bahagian Kajian dan Sumber Maklumat, Jabatan Pengajian Islam bagi membuat kajian keperluan komputer semua bahagian Jabatan Pengajian Islam. Hasil kajian komputer akan dihadapkan kepada Unit Teknologi Maklumat untuk proses selanjutnya.

  • Penghubung dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Kewangan mengenai dengan permohonan-permohonan komputer bagi Jabatan Pengajian Islam menghubungkan setiap permohonan komputer dengan segera.

  • Mengenalpasti Projek Pembeiajaran Komputer di Sekolah-Sekolah Menengah Arab dan Maktab Perguruan Ugama sebagai 'Pilot Skim' membuat kertas projek dengan melibatkan pegawai-pegawai dari Unit Teknologi Maklumat Kementerian Hal Ehwal Ugama; Pengetua-Pengetua ; Bahagian Kajian dan Sumber Maklumat Jabatan Pengajian Islam; Bahagian Latihan dan Dermasiswa Jabatan Pengajian Islam. Kertas projek akan dihadapkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan.

  • Menerima Rancangan Kerja (Scheme of Work) dari Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan setahun sekali.

  • Mempastikan peiajaran Ugama dan Arab di Sekolah Menengah Arab berjalan dengan baik dan meminta laporan bertulis mengenai perkembangan pelajaran Ugama dan Arab dari pihak berkenaan. Penelitian akan dibuat setelah laporan diterima.

  • Mempastikan disiplin dan peraturan Sekolah Menengah Arab dan Maktab Perguruan Ugama dipatuhi dan diikuti. Penelitian akan dibuat dengan Pengetua-Pengetua dan pihak berkenaan dan dihadapkan untuk tindakan.


|| Misi | Struktur Organisasi | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||